mutakhir

Ibu bayi dikerat 8 direman

Alor Setar: Ibu bayi dikerat lapan berusia 31 tahun masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, direman empat hari bermula semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Alor Setar Wan Norfadzilah Wan Ibrahim yang hadir ke wad HSB jam 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, wanita itu ditahan di hospital untuk pemeriksaan doktor kerana mengalami pendarahan selepas melahirkan anak.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan usaha mengesan bapa kepada bayi itu sedang dijalankan,” katanya.

Disiarkan pada: July 10, 2015 @ 10:43am
d