mutakhir

Amanah arwah ayah

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: “Saya akan menjaga adik lain seperti mana dipesan arwah ayah dan memastikan kami tetap bersama tinggal di rumah datuk,” kata Nurul Huda, anak sulung pasangan Muhammad Mohd Zin dan Shahrinda Kayatin yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14 Jalan Bahau-Rompin, Selasa lalu.

Nurul Huda, 17, berkata, biar pun sedih kerana beraya tanpa orang tersayang, namun mereka tetap bersyukur kerana masih mempunyai datuk, Mohd Zin Ibrahim, 62, dan nenek, Kamsiah Zamsam, 51, serta ibu dan bapa saudara.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, Bahau itu berkata, dia tekad mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini seperti diharapkan arwah ibu dan bapa.

Nasib empat beradik itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong Datuk Lilah Yasin dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jempol yang datang menziarahi mereka, semalam

Mohd Zin berkata, arwah anaknya pernah memesan menjaga zuriatnya jika dia dan isteri sudah tiada.

Disiarkan pada: July 10, 2015 @ 10:44am
d