mutakhir

Teliti rayuan pekebun Cameron Highlands

Putrajaya: Kerajaan akan meneliti permintaan dan rayuan pekebun di Cameron Highlands, Pahang berhubung pemberian permit dan penanaman semula di kawasan berkenaan dengan sewajarnya sebelum membuat sebarang keputusan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemulihan Bencana Cameron Highlands, kerajaan Pahang menetapkan supaya petani yang menepati kriteria dibenar mengusahakan tanah di Cameron Highlands.

“Keutamaan diberikan kepada pengusaha kebun dalam saiz kecil yang mencari nafkah untuk menyara keluarga mereka.

“Kerajaan Persekutuan memberi sokongan penuh dan akan memberi komitmen berterusan dari segi pelaksanaan, “ katanya.

Disiarkan pada: July 14, 2015 @ 5:07am
d