mutakhir

Suami isteri terkorban

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Batu Gajah: Suami isteri meninggal dunia manakala tiga anak mereka parah selepas kereta Proton Saga dinaiki lima sekeluarga berkenaan bertembung dengan sebuah Proton Iswara dalam kejadian di Kilometer 13.5, Jalan Ipoh-Lumut di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam berkenaan, pemandu serta penumpang Proton Iswara turut parah.

Kemalangan dipercayai berpunca akibat tindakan pemandu Proton Iswara yang didakwa memotong kenderaan lain menggunakan laluan bertentangan sebelum kedua-dua kereta itu bertembung.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu serta penumpang depan Proton Saga, Sulaiman Isa, 60, dan, Siti Nur Ibrahim, 49.

“Tiga anak mereka yang parah ialah Hafizah, berumur 20 tahun, Hasmira, berusia 19 tahun dan Muhamad Mizzuddin yang berumur 10 tahun. Ketiga-tiganya duduk di tempat duduk belakang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 19, 2015 @ 5:23am
d