mutakhir

Merangkak 500 meter

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: “Saya merangkak sejauh kira-kira 500 meter untuk mendapatkan pertolongan tetapi gagal. Saya kemudiannya merangkak semula ke kereta dengan harapan ada orang lalu di situ,” kata Raja Norazmi Raja Ayob, 49.

Pesara Tabung Haji Global itu hilang selama 24 jam pada Rabu lalu dan kejadian sehari sebelum Aidilfitri itu mencemaskan seluruh ahli keluarganya.

Mengimbau kejadian, Raja Norazmi berkata, sebelum itu, dia mendapatkan rawatan dialisis di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban jam 11 pagi.

Raja Norazmi yang kudung kedua-dua belah kaki berkata, selepas selesai rawatan jam 4.30 petang, dia memandu berseorangan ke Kampung Siliau untuk berhari raya.

“Pada mulanya, isteri, Khatijah Itam yang berusia 49 tahun menemani saya di HTJ tetapi pulang awal. Dalam perjalanan pulang, saya hanya ingat perlu memandu sehingga ke Pekan Rantau, namun terlupa perlu meneruskan perjalanan sejauh kira-kira enam kilometer lagi untuk tiba di rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 20, 2015 @ 6:24am
d