mutakhir

Takdir mati rempuh pokok

Jitra: Seorang jurujual telefon bimbit berusia 26 tahun meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pokok sebelum terjunam ke dalam tali air di Jalan Sungai Korok di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi, mangsa, Norshuhada Mansor memandu berseorangan dari arah Sungai Korok menghala ke pekan Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh pokok.

“Akibatnya, kereta mangsa terputus dua sebelum terjunam ke dalam tali air. Orang ramai yang menyedari kejadian itu kemudiannya menghubungi polis.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Disiarkan pada: July 20, 2015 @ 6:33am
d