mutakhir

Pelayan cuba seludup pistol dalam baju ditahan

Alor Setar: Tindakan seorang pelayan restoran cuba menyeludup masuk dua pistol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Kayu Hitam, dekat sini, gagal apabila ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2.50 petang, lelaki berusia 29 tahun itu menaiki motosikal dibawa lelaki warga Thailand masuk ke dalam negara sebelum PGA yang mengesyaki sesuatu menahan suspek.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan menemui dua pistol dibalut dengan baju di dalam beg sandang miliknya.

“Polis menemui sekotak peluru dan puluhan butir peluru di dalam plastik lut sinar di dalam beg itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 21, 2015 @ 6:38am
d