mutakhir

Khazanah Kuala Kangsar

Oleh Mohamad Hairi Azmi Tham

Kuala Kangsar: Sebut saja Sayong di sini, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran ramai ialah keindahan hasil seni labu sayong.

Perusahaan kraftangan daripada tanah liat itu begitu sinonim dengan Bandar Diraja Perak ini sekali gus menjadi antara destinasi utama yang menjadi tarikan pelancong di negeri ini.

Bagaimanapun, warisan hasil seni itu kini semakin tenggelam dek kepesatan teknologi dan kekurangan pembabitan generasi muda terhadap industri tradisional itu.

Seorang pengusaha labu sayong, Ridzuan Hamli, 48, mengakui pendapatannya dalam industri itu kini semakin mengecil, namun dia masih mampu memperoleh keuntungan dalam perniagaan diusahakannya itu.

Menurutnya, banyak faktor mempengaruhi kemerosotan keuntungannya dan antara faktor utama disebabkan kenaikan kos bahan utamanya iaitu tanah.

“Sekarang harga tanah meningkat mendadak menyebabkan kos menghasilkan labu sayong turut meningkat. Begitupun, kita tidak menaikkan harga labu sayong secara mendadak kerana tidak mahu kehilangan pelanggan.

“Ditambah pula dengan kenaikan kos lain, ia sedikit sebanyak mempengaruhi keuntungan diperoleh, namun saya bersyukur kerana perniagaan ini masih boleh bertahan,” katanya yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 22, 2015 @ 6:18am
d