mutakhir

Parkir bertingkat di Zoo Negara

Kuala Lumpur: Zoo Negara akan membina kemudahan parkir bertingkat tahun depan bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin bertambah setiap tahun.

Timbalan Pengarah Persatuan Zoologi Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, tempat letak kenderaan baru itu mampu memuatkan sehingga 2,000 kereta pada satu-satu masa berbanding ketika ini yang hanya dapat menampung 600 kereta saja.

Beliau berkata, kekurangan tempat letak kereta amat dirasai pada hujung minggu dan cuti umum termasuk ketika Aidilfitri yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

Mengenai usaha menjadikan Zoo Negara bertaraf dunia, Rosly berkata, pihaknya sedang memenuhi segala keperluan yang diperlukan termasuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan pengunjung.

Sementara itu, seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Mekla menyokong usaha Zoo Negara meningkatkan kemudahan demi keselesaan pengunjung..–BERNAMA

Disiarkan pada: July 22, 2015 @ 6:21am
d