mutakhir

Balun batang tebu

Oleh Ibrahim Isa

Ledang: Polis menjejaki empat lelaki selepas imej mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika merompak sebuah kedai runcit di Sagil, di sini, menggunakan batang tebu seperti yang menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi satu minit dan 58 saat itu mendapat perhatian ramai kerana berpendapat perompak berkenaan menggunakan kayu serta menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohamed Salleh Abd Razak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 15 Julai lalu di sebuah kedai runcit di Sagil.

Katanya, aksi empat perompak berusia 30-an itu dirakam CCTV yang dipasang di premis perniagaan berkenaan dan pihaknya kini dalam usaha mengesan suspek.

Menurutnya, dalam rakaman itu, dua daripada lelaki berkenaan menyerang pemilik kedai dan isterinya berusia 60-an.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 22, 2015 @ 6:38am
d