mutakhir

Giliran balas jasa

Oleh Norjuliana Yaacob

Sik: Walaupun dirinya orang kurang ipaya (OKU) sejak lahir kerana kecacatan fizikal kakinya, itu bukan penghalang buatnya menjaga datuk dan nenek yang kini uzur sejak tiga tahun lalu.

Asmah Husna Abd Rahman, 25, kehilangan ibunya ketika berusia lapan tahun dan sejak itu tinggal bersama datuk Ahmad Itam, 81 dan neneknya Sabariah Jaafar, 77, di Kampung Kemelong, di sini.

Menurutnya, ketika datuk dan neneknya masih sihat, mereka yang menyara dia dan adiknya Mohamad Amir Azmi Abd Rahman, 19, dan menanggung perbelanjaan sekolah.

“Bagaimanapun sejak tiga tahun lalu saya mengambil alih menjaga datuk dan nenek yang semakin uzur.

“Saya ingin membalas segala jasa baik datuk dan nenek yang menjaga kami. Walaupun keadaan saya tidak sempurna seperti orang lain, saya mampu dan akan melakukan sebaik-baiknya untuk menjaga mereka sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 22, 2015 @ 6:50am
d