mutakhir

Naik hantu kerana kereta terhalang

Oleh Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: Seorang lelaki digelar ‘Faizal Gila’ mengamuk dan membelasah seorang pemandu wanita selepas mangsa meminta ganti rugi akibat keretanya dilanggar suspek.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi semalam, suspek berusia 43 tahun dikatakan terlanggar kereta milik mangsa yang juga seorang suri rumah di Flat Sri Kedah, Taman Melati, Wangsa Maju, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, motif suspek melanggar kereta mangsa kerana wanita itu meletakkan kenderaan hingga menghalang kereta suspek.

“Mangsa kemudian meminta ganti rugi daripada suspek berikutan kerosakan teruk dialami. Namun suspek tiba-tiba berang dan memanjat naik ke atas kereta mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 23, 2015 @ 8:09am
d