mutakhir

Berita palsu cetus panik pengguna JRTB

Gerik: Polis menyifatkan tindakan pihak yang mereka cerita kononnya beberapa kereta diserang sekumpulan gajah liar yang ‘naik minyak’ di Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli (JRTB), kelmarin sebagai tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, berita palsu yang menjadi viral di seluruh negara itu menimbulkan rasa panik dan cemas bukan saja kepada pengguna jalan raya berkenaan, tetapi saudara mara mereka di kampung.

“Cerita yang tersebar kononnya sekumpulan gajah liar mengamuk di jalan raya dan melanyak beberapa kereta sehingga dikatakan ada yang mati dan parah tidak benar dan palsu.

“Penyebaran cerita palsu ini menimbulkan rasa panik dan rasa tertekan kepada pengguna jalan raya pada musim perayaan ini yang boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini seperti kemalangan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 23, 2015 @ 8:14am
d