mutakhir

Sirih pulang ke gagang

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Selepas lebih sebulan dirampas sekumpulan lanun, kapal tangki MT Orkim Harmony memulakan semula pelayaran dan dikesan berada di sekitar perairan daerah ini untuk menghantar bekalan bahan api.

Difahamkan, kapal tangki itu dilihat berlabuh berhampiran pelabuhan Sandakan kira-kira jam 5 pagi, semalam, sebelum kerja memindahkan bahan api dilakukan.

Menurut jurucakap syarikat perkapalan itu yang enggan dikenali, daerah berkenaan adalah antara lokasi pelayaran MT Orkim Harmony untuk menghantar bekalan bahan api.

Katanya, pelayaran kali ini hanya membabitkan 10 kru manakala 12 lain sedang bercuti sempena Aidilfitri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 25, 2015 @ 5:07am
d