mutakhir

Ibu, bayi 23 hari terselamat dihempap pokok tumbang

Kulim: Seorang wanita dalam tempoh berpantang bersama bayi perempuan berusia 23 hari terselamat daripada kecederaan apabila kelapa bersama serpihan siling bumbung jatuh selepas pokok kelapa tumbang menghempap rumah mereka dalam kejadian ribut di Kampung Batu Puteh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, 40 rumah di tiga kawasan penempatan iaitu Kampung Batu Puteh, Padang Meha dan Taman Perak, di sini, rosak terutama bumbung akibat diterbangkan angin kuat.

Wanita berkenaan, Siti Aminah Abdullah, 31, mengakui kebiasaannya dia dan bayinya Siti Nurjannah berehat di sofa yang menjadi tempat buah kelapa berkenaan terjatuh.

“Setiap hari saya menyusu bayi di atas sofa terbabit, tetapi hari ini (kelmarin) hati terdetik mengubah tempat dan berada jauh sedikit dari tempat itu.

“Malah, dua anak perempuan berusia dua dan empat tahun sering tidur di kawasan sofa terbabit beralih ke tempat lain. Pada mulanya mereka meletakkan tilam untuk tidur berdekatan sofa, namun secara tiba-tiba saya lihat mereka berubah kedudukan berada di tepi saya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 26, 2015 @ 5:04am
d