mutakhir

Tidur malam tak nyenyak

Oleh Azlan Hafeedz

Pasir Puteh: “Mak cik sangka bunyi bising itu datang daripada orang sedang tebang tebu, namun terkejut apabila menyedari disebabkan sekumpulan gajah yang memusnahkan tanaman di dusun penduduk kampung,” kata Hanisah Yaakub, 52, menceritakan mengenai pencerobohan haiwan liar berkenaan pada jam 1 pagi di Kampung Gong Ghenor, Gaal, di sini, Khamis lalu.

Tetamu tidak diundang itu mula menceroboh kebun tanaman dan dusun penduduk kampung di Kampung Bukit, Lepan Rambai dan Gong Ghenor seminggu lalu. Haiwan itu semakin ‘berani’ apabila mula menghampiri rumah penduduk sejak malam Khamis lalu.

Difahamkan, kumpulan gajah tiga beranak itu dipercayai dari Bukit Jeram Linang, satu kilometer dari kampung yang diceroboh hingga menimbulkan ketakutan kepada 1,000 penduduk.

Penduduk kini tidak berani keluar menoreh getah di sekitar kaki bukit termasuk mengutip hasil tanaman di kebun masing-masing.

“Saya tidak mengendahkan bunyi itu sehinggalah dimaklumkan jiran mengenai kemusnahan kebun tebu oleh gajah liar termasuk penemuan beberapa tompok najis.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 26, 2015 @ 5:05am
d