mutakhir

Peniaga keliru dapat notis PBT

Oleh Amrullah Abdul Karim

Bukit Beruntung: Namanya ‘pasar segar’ tetapi melihatkan keadaannya, ia tidak menggambarkan situasi berkenaan. Itu yang boleh digambarkan mengenai Pasar Segar Bukit Sentosa, di sini.

Pelbagai masalah menghantui pasar berkenaan antaranya kemudahan asas, imej pasar, sewa tinggi, ketiadaan kawalan serta penguatkuasaan terhadap penjaja di luar pasar yang menjadi pesaing kepada mereka.

Selain itu, masalah banjir kilat dan bau busuk sangat sinonim dengan pasar terbabit seterusnya menjadi masalah kepada peniaga dan pengunjung.

Difahamkan, sejak 20 tahun lalu pasar berkenaan tidak pernah dinaik taraf malah kini peniaga berdepan tindakan undang-undang yang diambil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Peniaga ikan Zaini Salleh, 40, berkata, dia diberikan notis amaran dan notis am kerana menjalankan perniagaan ikan serta mendirikan struktur tanpa kebenaran.

“Sudah bertahun saya berniaga di sini, baru kali ini terima notis kesalahan mengatakan perniagaan saya tanpa kebenaran.

“Bagi saya ada perkara yang lebih besar perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa berbanding tindakan ini, yang dilihat hanya menekan peniaga.

“Sedangkan jika pihak berkuasa menyelesaikan masalah di pasar ini, sudah pasti tidak timbul isu struktur ‘haram’ dan sebagainya kerana kesempurnaan kemudahan asas pasar, tetapi itu tak berlaku,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 26, 2015 @ 5:05am
d