mutakhir

PM hadiri rumah terbuka Pak Lah

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Dewan Seri Endon, Presint 10, semalam. Beliau hadir diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, anak, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev.

Turut menghadiri majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman serta penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 5,000 tetamu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan agama.

Ia berlangsung bermula jam 11 pagi serta berakhir jam 5 petang.

Disiarkan pada: July 27, 2015 @ 5:03am
d