mutakhir

Bertemu selepas 40 tahun berpisah

Kuala Lumpur: Selepas hampir 40 tahun berpisah, seramai 30 bekas murid Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka (SRKAG1) bertemu dalam satu majlis diadakan di Hotel Puteri Resort Ayer Keroh, baru-baru ini.

Lebih bermakna, majlis pertemuan itu turut dihadiri tiga bekas guru sekolah berkenaan yang masing-masing sudah menjangkau usia 70-an.

Jurucakap bekas murid sekolah itu, Azmi Wahid berkata, majlis kali ini agak unik kerana menemukan semula bekas murid sekolah rendah sejak tahun 1974.

“Kebiasaannya kita mengadakan majlis bekas pelajar sekolah menengah atau zaman pengajian di universiti.

“Idea ini tercetus selepas kami berjaya menjejaki semula rakan lama sebelum satu kumpulan WhatsApp dibuat bagi membincangkan serta mengimbau kenangan lama,” katanya yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Beliau berkata, pertemuan itu pada mulanya dirasakan mustahil berikutan masing-masing sibuk dengan komitmen tugas.

Disiarkan pada: July 28, 2015 @ 4:51am
d