mutakhir

Along Lontong kena cekup

Ampang: Seorang perompak solo yang terkenal dengan jolokan nama ‘Along Lontong’ tumpas diberkas polis selepas kerap melakukan samun pasar raya dan kedai runcit.

Suspek berusia 39 tahun itu dikatakan gemar melakukan kegiatan samun bersenjata di daerah Ampang dan ibu kota sejak lima bulan lalu sebelum dicekup polis di sekitar kawasan Pudu, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan tujuh kes samun sebelum ini.

“Suspek yang tinggal di Ampang gemar merompak rokok dan menyamun wang tunai di mesin juruwang membabitkan jumlah ribuan ringgit.

“Tangkapan suspek itu, sekali gus menyelesaikan tujuh kes samun di sekitar kawasan Ampang,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal model Yamaha dan kereta model Nissan yang dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan aktiviti jenayah sejak Februari lalu.

“Pemeriksaan mendapati dua kenderaan itu dicuri dan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

Disiarkan pada: July 28, 2015 @ 5:07am
d