mutakhir

Onar 7 bulan tak bertahan

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Selepas tujuh bulan aktif dalam jenayah pecah rumah dan curi kenderaan, Geng Dhinesh Puchong akhirnya tumpas selepas kelima-lima ahlinya, termasuk dalang utama ditahan polis 21 Julai lalu.

Suspek yang juga warga tempatan berusia 20 hingga 27 tahun itu terbabit dalam 10 kes pecah rumah dan curi kenderaan mewah di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong membabitkan kerugian lebih RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, penahanan kelima-lima suspek membawa kepada penemuan barangan curi seperti komputer riba, 20 telefon bimbit, enam jam tangan serta tiga kereta mewah BMW, Audi dan Mercedes-Benz.

“Geng Dhinesh Puchong tumpas selepas seorang anggotanya yang ditahan jam 4 petang, 21 Julai lalu di sebuah kawasan perumahan sekitar ibu kota mendedahkan lokasi persembunyian empat lagi rakan jenayahnya di sekitar Shah Alam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: July 31, 2015 @ 8:25am
d