mutakhir

Berbelanja selepas beraya

Oleh Hamizah Badiran

Terlebih dulu, tahniah diucapkan kepada anda yang berjaya merancang perbelanjaan dengan baik untuk menyambut Aidilfitri agar tidak dibebani hutang musim perayaan selepas ini.

Namun begitu, bagi mereka yang tidak berpeluang menabung beberapa bulan lebih awal bagi menampung perbelanjaan fasa pasca perayaan ini, cubalah mencongak baki wang simpanan sama ada cukup atau tidak untuk belanja selepas raya ini.

Adakah anda masih perlu mengikat perut seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk meneruskan kehidupan sementara menunggu gaji bulanan masuk ke dalam akaun bank? Mungkin ada antara kita yang tidak sanggup melihat baki wang simpanan dalam akaun bank. Kenyataan yang perlu dihadapi ini mungkin tidak akan menyenangkan hati.

Persoalannya, adakah kita semua berhemat dalam pengurusan kewangan sebelum dan selepas berhari raya? Bagi mereka yang pernah melaluinya pasti masih terasa bebannya.

Ini berikutan, mereka mungkin masih membayar hutang akibat keterlaluan berbelanja pada musim perayaan lalu.

Justeru, panduan di bawah mungkin dapat membantu anda mengurus kewangan dengan lebih baik dan kembali ke landasan kewangan yang betul.

Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk sentiasa beringat dan hidup mengikut kemampuan.

Bezakan apa yang kita inginkan kerana setiap keseronokan jangka pendek akan menyebabkan kesulitan pada jangka waktu panjang jika kewangan gagal diuruskan dengan cara betul.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pengurusan kewangan, sila layari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di www.akpk.org.my atau power.akpk.org.my atau telefon 1-300-88-2575.

Disiarkan pada: July 31, 2015 @ 8:53am
d