mutakhir

25, 26 Ogos perbicaraan kes pemandu Myvi

Kes dua pemandu Perodua Myvi yang dituduh memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), ditetapkan untuk perbicaraan pada 25 dan 26 Ogos ini untuk perbicaraan.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan memutuskan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Nadia Malek Fauzie memaklumkan semua dokumen sudah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Disiarkan pada: August 1, 2015 @ 5:12am
d