mutakhir

750 pengamal media sertai AMM, PMC

Kuala Lumpur: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) dan Pasca Persidangan Menteri Luar ASEAN (PMC) ke-48 yang bermula semalam merekodkan 750 pengamal media tempatan serta antarabangsa membabitkan 100 organisasi media membuat liputan persidangan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Menerusi satu kenyataan sekretariat itu memaklumkan bahawa mesyuarat AMM kali ini turut disertai oleh 438 wakil media asing daripada 80 organisasi media.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa antara organisasi media asing yang membuat liputan mesyuarat itu termasuk Associated Press, Reuters, Agence France Press, Xinhua News Agensy serta wakil media daripada negara ASEAN.

“Sekretariat menyediakan pusat media yang selesa dengan keluasan melebihi 4,000 meter persegi yang dilengkapi dengan kemudahan internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi).

“Kapasiti Dewan Tun Razak 3 yang menempatkan sebahagian pusat media mempunyai kapasiti 350 orang pada satu-satu masa dan ia cukup untuk memberi kemudahan kepada pengamal media untuk melakukan tugasan mereka,” katanya dalam kenyataan itu.

Selain ruang media umum, menurutnya dalam kenyataan itu, pihaknya turut menyediakan 23 ruang khusus kepada organisasi media yang sudah membuat permohonan dari awal dan ia mengikut kesesuaian organisasi berkenaan.

Katanya, sepanjang enam hari mesyuarat itu berlangsung, pihaknya turut menempatkan sekretariat media untuk melicinkan tugasan pengamal media termasuk kemudahan untuk permohonan temuramah, dokumentasi serta akreditasi.

Disiarkan pada: August 2, 2015 @ 5:07am
d