mutakhir

Nyaris kempunan

Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: “Saya kecewa selepas urusetia menyatakan nombor cabutan bertuah saya dibatalkan gara-gara lambat naik ke pentas, tetapi mujur mereka menimbang semula keputusan itu sekali gus menjadikan saya sebagai pemenang hadiah utama yang memandu pulang kereta Honda City,” kata Mohd Yusof Tamjis, 56, pemenang utama cabutan bertuah Majlis Solidariti Aidilfitri Bersama Perdana Menteri di Dataran 1Malaysia, Klebang, di sini, kelmarin.

Mohd Yusof berkata, ketika nombornya dipanggil, dia mengambil masa yang agak lama untuk naik ke pentas berikutan ketika itu berada jauh di belakang pentas utama.

“Cabutan utama dilakukan pada jam 1.30 pagi, ketika itu saya berasa tidak ada harapan untuk menang sebelum mengajak keluarga pulang. Namun, saya tiba-tiba keberatan untuk pulang dan meminta mereka menunggu di dalam kereta manakala saya yang tidak sedap hati menuju ke tandas.

“Ketika menunggu giliran di tandas, saya terdengar sayup-sayup panggilan nombor bertuah seakan nombor saya lalu saya menuju ke pentas utama dan menyemak dengan pihak urusetia selepas melihat paparan layar skrin tertera nombor saya iaitu 17934,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Semabok, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika berada di pentas bagi menerima hadiah utama itu, isterinya, Siti Rohani Kusin, 48, menghubunginya kerana sudah lama menunggu di dalam kereta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: August 3, 2015 @ 5:02am
d