mutakhir

Kaku ditimpa bumbung

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Kerian: “Melihat bumbung dapur diterbangkan angin yang turut meruntuhkan siling rumah hingga jatuh menimpa saya mengakibatkan saya menjadi kaku dan tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa,” kata Zainab Ariffin, 72, mangsa ribut di Kampung Tebuk Haji Dollah, Selinsing, di sini, kelmarin.

Menurut Zainab, dalam kejadian jam 4.30 petang, dia tinggal bersendirian di rumahnya dan keadaan ketika itu hujan lebat berserta angin kencang hingga menyebabkan dia ketakutan serta duduk mendiamkan diri di ruang tamu.

Katanya, ketika dia sedang duduk berehat di sofa, secara tiba-tiba angin kuat itu menerbangkan keseluruhan bumbung dapur, sekali gus meruntuhkan siling rumah.

“Sewaktu kejadian berlaku, saya duduk atas sofa dan tidak mampu bergerak dan hanya menyerahkan nasib kepada takdir.

“Dalam sekelip mata, siling rumah runtuh dan mengenai badan saya, namun kemudian saya berjaya melarikan diri ke rumah anak yang terletak di belakang rumah saya untuk meminta pertolongan,” katanya ketika diziarahi pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: August 3, 2015 @ 5:05am
d