mutakhir

'Letih lepas main futsal'

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Seorang bekas pemain bola sepak Liga Simpanan Kedah sanggup mengaku suami isteri bagi mengelak dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Lebuhraya Darulaman, kelmarin.

Malah, lelaki berusia 52 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak kemudian mengaku pasangannya berusia 27 tahun itu sebenarnya adalah anak saudaranya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Bagaimanapun, tembelang mereka terbongkar apabila anggota JAIK menghubungi bapa wanita terbabit sebelum mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan.

Lelaki terbabit turut memberi alasan hanya menumpang tidur di bilik itu kerana mereka baru selesai menjalani latihan futsal di Titi Gajah.

Penolong Pengarah Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK Syeikh Roshidi Mahmud berkata, dalam serbuan jam 12 tengah malam yang disertai 28 anggota penguat kuasa itu, pihaknya membuat pemeriksaan di bilik berkenaan selepas mengesyaki sesuatu mencurigakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: August 3, 2015 @ 5:08am
d