mutakhir

'Terus beri sokongan'

Oleh Mohd Sabran Md Sani

Kluang: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian terus memberi sokongan terhadap parti selagi bertanggungjawab untuk memikul amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan.

Muhyiddin berkata, dia juga akan membantu Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak untuk memperkukuhkan parti dan perpaduan pimpinan UMNO di semua peringkat.

“Tanggungjawab saya masih belum selesai kerana saya masih Timbalan Presiden UMNO dan akan terus pegang jawatan ini sampai tempohnya dan selagi tanggungjawab ini di hadapan (saya).

“Saya akan bantu Presiden (Najib Razak), pimpinan semua peringkat untuk mengukuhkan parti dan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO, orang Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang di Pekan Rabu, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: August 3, 2015 @ 5:11am
d