mutakhir

'Tamu malam' juadah ghairah

Oleh Siraj Mohd Zaini

Kuala Lumpur: Sebuah gudang dikesan diubah suai menjadi kelab malam di Jalan Kuchai Lama, di sini, dengan menggaji lebih 95 pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand bagi melayan pengunjung sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, taktik itu berjaya dihidu anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Komisioner Ibrahim Husin yang menyerbu premis berkenaan, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, pihaknya berjaya menahan lebih 95 GRO Thailand yang dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial serta bekerja tanpa permit sah.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, sebilangan besar GRO yang sedang leka melayan hampir 100 pengunjung bertempiaran lari sebaik saja menyedari kehadiran polis.

Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner Amir Rasid Derani berkata, siasatan awal mendapati kelab malam berkenaan beroperasi tanpa lesen.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: August 3, 2015 @ 5:15am
d