mutakhir

Lima pihak sertai siasatan

Putrajaya: Penyiasatan terhadap ‘flaperon’ yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi sama ada ia sebahagian daripada pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan melalui proses pengesahan bermula Rabu ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wakil bertauliah dari Malaysia, Amerika Syarikat (AS), China, Perancis dan pihak Boeing akan mengambil bahagian berhubung perkara itu.

Menurutnya, ‘flaperon’ Boeing 777 itu sudah diterbangkan ke Paris kelmarin dan dibawa ke Toulouse, Perancis melalui jalan darat.

“Kita tahu ‘flaperon’ yang ditemui ini sudah disahkan sebahagian daripada pesawat Boeing 777.

“Ia disahkan pihak berkuasa Perancis bersama pengeluar pesawat Boeing, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS serta pasukan Malaysia terdiri daripada Jabatan Penerbangan Malaysia, MAS dan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia untuk MH370,” katanya.

Liow berkata demikian dalam satu kenyataan, semalam.

Rabu lalu, Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat MH370 yang hilang di

perairan Malaysia pada Mac 2014.

Bekas juruterbang tentera Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan

telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion di Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, Jabatan Penerbangan Malaysia akan memanggil beberapa pihak berkuasa penerbangan di

sekitar kawasan Pulau Reunion di Lautan Hindi.

“Ini bagi membolehkan pakar menjalankan analisis lebih substantif sekiranya terdapat lebih banyak serpihan pesawat

terdampar ke tepi pantai, sekali gus memberikan lebih banyak petunjuk mengenai kehilangan pesawat,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta mana-mana pihak memberi laluan supaya proses siasatan itu dapat dilakukan.

Katanya, ia untuk kepentingan waris penumpang dan anak kapal terbabit dalam insiden MH370 yang selama ini menunggu dengan debaran berita mengenai pesawat itu sehingga kini.

Disiarkan pada: August 3, 2015 @ 5:18am
d