mutakhir

Lepas gian tunggu hari bersalin

Oleh Nabihah Kamal

Ampang: Walaupun sarat hamil sembilan bulan, seorang ibu muda sempat mengambil dadah untuk melepaskan gian ketika menunggu hari bersalin sebelum ditahan dalam satu operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jumaat lalu

Dalam operasi ‘Ops Target’ Siri 4 yang dijalankan di sekitar Ampang Jaya bermula jam 8 malam itu, wanita berusia awal 20-an itu ditahan bersama suaminya selepas didapati mengambil syabu di rumah mereka.

Lebih memeranjatkan apabila pasangan suami isteri itu dengan selamba mengaku mengambil dadah sekadar suka-suka dan perasaan ingin tahu rasa dadah.

Wanita bersama pasangannya yang turut berusia awal 20-an itu mengaku bakal melahirkan anak pertama mereka dijadualkan Khamis ini.

Ketika ditahan, pasangan terbabit dilihat langsung tidak menghiraukan keselamatan kandungan yang mungkin terjejas akibat pengambilan dadah itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: August 3, 2015 @ 5:22am
d