mutakhir

Bukan tujuan sekat kebebasan

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Cadangan pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 bukan bertujuan menyekat kebebasan rakyat untuk menggunakan Internet dan media sosial sebaliknya memastikan medium komunikasi itu digunakan sebaik-baiknya.

Itu penjelasan dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berhubung cadangan pindaan bagi dua akta berkenaan yang dijangka dibentang pada Oktober ini.

Menurutnya, langkah itu dicadangkan memandangkan media sosial kini dilihat boleh mengundang jenayah sekali gus menggugat keselamatan negara.

“Ada beranggapan kita boleh menulis sesuka hati hingga terlupa implikasinya di mana tulisan itu kadangkala menjurus kepada fitnah dan seperti dilihat mahu menjatuhkan kerajaan.

“Malah, sejak akhir-akhir ini, kita melihat ada usaha pihak luar ingin menjatuhkan kepemimpinan negara melalui cara yang tidak demokratik iaitu menggunakan media baru,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Menteri Komunikasi dan Multimedia oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 4, 2015 @ 8:51am
d