mutakhir

Pakar penerbangan Malaysia bertemu majistret tempatan

Paris: Pakar penerbangan Malaysia dan Perancis dijangka bertemu dengan polis serta majistret tempatan hari ini bagi menyelaras siasatan kehilangan pesawat MH370 selepas penemuan serpihan sayap dipercayai milik pesawat Boeing 777 di Pulau Reunion, 29 Julai lalu.

Usaha berkenaan dilakukan selepas beberapa pencarian di Pulau Reunion sebelum ini tidak menghasilkan sebarang petunjuk baru dan pihak berkuasa berkata serpihan logam yang ditemui penduduk tempatan Ahad lalu juga bukan datang dari pesawat terbabit.

Dalam pertemuan berkenaan, delegasi Malaysia terdiri daripada wakil Malaysia Airlines (MAS), pegawai kehakiman dan diketuai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman akan bertemu tiga majistret yang ditugaskan untuk kes berkenaan.

Selain itu, pasukan penyiasat daripada bahagian penyelidikan Pengangkutan Udara Gendarmerie Perancis serta wakil Biro Siasatan dan Analisis (BEA) juga dijangka hadir dalam pertemuan berkenaan bagi menyelaras dan memastikan siasatan lebih luas dapat dilakukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 4, 2015 @ 9:13am
d