mutakhir

Langgar lafaz taklik

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan perceraian talak satu pelakon dan penerbit, Datuk Rafena Ezannee Ramli dan suaminya, Mazlan Abd Hamid.

Pengesahan cerai itu dibuat Hakim Syarie Muhamad Hisyam Zakaria selepas berpuas hati dengan pengakuan berlakunya lafaz taklik yang dibuat Mazlan, 52, jam 9.30 malam, 3 Julai 2013.

Mahkamah juga mengesahkan berlakunya perlanggaran lafaz taklik selepas Mazlan mengakui bercerita dan mengaibkan Rafena, 33, di hadapan ibu pelakon terbabit pada tahun sama lafaz berkenaan dibuat.

Pasangan itu berkahwin pada 10 Januari 2011 dan Rafena memfailkan permohonan pengesahan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam (Selangor) 2003 pada Julai lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 4, 2015 @ 9:17am
d