mutakhir

Rampas Prada tak 'ori'

Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) benar-benar serius memerangi penjualan produk tiruan apabila menggempur pusat beli-belah KL Times Square di sini, semalam.

Minggu lalu, KPDNKK menyerbu pusat beli-belah Low Yat di Bukit Bintang di sini, susulan aduan berhubung penjualan telefon pintar tiruan oleh pengguna.

Dalam tindakan terbaru itu, sebanyak 112 premis di pusat beli-belah berkenaan diperiksa jam 1.30 tengah hari semalam selepas risikan mendapati ramai peniaga menjual barangan tiruan berjenama terkemuka.

KPDNKK turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen bagi ‘melicinkan’ operasi itu.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Hamid berkata, operasi disertai 67 anggota penguat kuasa membabitkan tiga agensi itu dianggap berjaya apabila sebanyak 18,111 unit pelbagai barangan tiruan berjaya dirampas selepas dikenal pasti oleh wakil pemilik cap dagang yang sah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 5, 2015 @ 8:59am
d