mutakhir

Dua kali 'makan'

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Menu istimewa ditawarkan membabitkan ‘hidangan’ dibawa khas dari Vietnam, Thailand dan Myanmar. Bagaimanapun ia sekadar ‘kata laluan’ bagi membolehkan pelanggan sebuah restoran di Kepong di sini, memilih pelacur warga asing disediakan.

Difahamkan pelanggan hanya perlu berpura-pura memasuki restoran terletak di Bandar Manjalara di sini untuk menjamu selera, sebelum memberitahu jenis ‘sajian’ dimahukan selain membayar RM150.

Kegiatan maksiat itu bagaimanapun terbongkar selepas premis itu diserbu sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 11.45 malam kelmarin.

Sumber polis berkata, seramai 32 wanita warga asing membabitkan 20 wanita warga Vietnam, 10 wanita Thailand dan dua wanita Myanmar ditahan ketika sedang leka melayan pelanggan di restoran itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 5, 2015 @ 9:01am
d