mutakhir

Bukan dongengan

Oleh Nor Shafinaz Sari

Melaka: Kejayaan dua pengkaji Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor menemui dokumen dan artifak mempunyai kaitan dengan Laksamana Hang Tuah dianggap mampu menangkis dakwaan sesetengah ahli sejarah yang mengatakan ikon kepahlawanan Melayu itu hanya mitos.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Datuk Mohd Jamil Mukmim berkata, pihaknya teruja dengan kejayaan dua pengkaji berkenaan yang menemui dokumen dan artifak dari kerajaan Ryukyu (Kepulauan Ryuku, Okinawa, Jepun).

Beliau berkata, penemuan itu memperkukuhkan lagi pendapat IKSEP dan ahli sejarah yang menegaskan bahawa Hang Tuah bukan dongengan, mitos atau fiksyen.

“Kami mengalu-alukan kenyataan dua pengkaji UPM berkenaan. Dalam perkara ini, sumber sejarah daripada rekod Malaysia harus diyakini dan tidak perlu terlalu taasub kepada rekod luar terutama membabitkan rujukan melalui Britain, China dan lain-lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 6, 2015 @ 8:29am
d