mutakhir

Majlis Aidilfitri Media Prima

Kuala Lumpur: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mencemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Hotel Hilton Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis turut meriah dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pengerusi MPB Tan Sri Johan Jaaffar, Pengerusi The New Straits Times Press (M) Bhd, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan serta Timbalan Pengerusi MPB Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamad Mansor.

Selain menikmati pelbagai juadah enak, Perdana Menteri turut beramah mesra dengan hadirin serta melayan permintaan mereka untuk ‘berselfie’ dengannya.

Disiarkan pada: August 6, 2015 @ 9:14am
d