mutakhir

Padan muka perompak

Oleh Siraj Mohd Zaini

Ampang: Geram dirompak menyebabkan seorang mangsa wanita warga emas bertindak nekad melanggar empat penjenayah dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Rondo dipandunya.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, mangsa berusia 59 tahun dirompak suspek menaiki dua motosikal di Taman Bukit Indah 1/16 di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa yang memandu kenderaan MPV diekori penjenayah bersenjatakan parang sebelum suspek bertindak menghalang laluan mangsa.

Menurutnya, salah seorang suspek kemudian memecahkan cermin kenderaan mangsa sebelum mangsa panik dan memecut kenderaannya itu.

Bagaimanapun, mangsa ditahan semula tidak jauh daripada lokasi itu oleh penjenayah sebelum dipaksa menyerahkan gelang dan jam tangannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 8, 2015 @ 5:24am
d