mutakhir

Kesan calar atas mata

Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: “Saya masih terkejut dengan kehilangan Nordamia, namun ini ketentuan Allah SWT,” kata Norafiza Mokhri, 29, ibu kepada Nordamia Amani Mohd Azam, 5, yang meninggal dunia selepas terjatuh di dalam bilik air di rumah bapanya di Taman Lukut Makmur, di sini.

Nordamia yang tinggal bersama ibu tiri dan dua lagi kakak tirinya terjatuh jam 4.45 petang kelmarin, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lukut jam 5.15 petang.

Norafiza berkata, mayat anak perempuannya itu diserahkan kepada Hospital Port Dickson (HPD) sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Menurutnya, bekas suami, Mohd Azam Sarudin, 31, tiada di rumah kerana bekerja sebagai pemandu lori.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, saya bergegas ke Klinik Kesihatan Lukut dari Seremban. Saya bagaimanapun terkejut dan sedih sejurus dimaklumkan anak saya sudah tiada.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 9, 2015 @ 5:11am
d