mutakhir

Kompleks komersial kurang parkir

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Laluan sentiasa sesak sepanjang masa selain jumlah parkir kereta yang tidak mencukupi. Itu masalah utama dihadapi orang ramai terutama penjawat awam apabila berurusan di kompleks komersial di Jalan Diplomatik, Presint 15, di sini, sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, kerja pembinaan projek komersial baru dan penutupan beberapa laluan bagi memberi laluan projek pembinaan itu dilihat turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Beberapa orang awam yang ditemui meluahkan kegusaran di atas keadaan itu malah, ada antara mereka terpaksa memilih meletakkan kenderaan masing-masing kira-kira 300 meter dari kawasan komersial Presint 15 itu kerana enggan berdepan masalah trafik dan tempat letak kereta.

Kompleks komersial di Presint 15, di sini sentiasa menjadi kunjungan orang ramai terutama penjawat awam memandangkan ia menempatkan pasar raya, kedai serbaneka 24 jam, restoran 24 jam, institusi perbankan dan bengkel kenderaan.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, ada segelintir pengguna kenderaan meletakkan kenderaan mereka secara berlapis terutama di hadapan sebuah pasar raya, di sini berikutan tiada parkir mencukupi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 9, 2015 @ 5:12am
d