mutakhir

Bergabung jadi rakan kongsi

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia dan Singapura perlu terus maju dalam semangat manfaat bersama.

Beliau menggesa rakyat Singapura tidak menghakimi Malaysia menerusi apa yang mereka baca di media sosial atau kenyataan bermotifkan politik oleh pihak tertentu yang memburuk-burukkan Malaysia.

Najib berkata, rakan sejawatannya dari Singapura Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan beliau bersetuju bahawa kedua-dua negara tidak sepatutnya dibebani oleh sebarang isu berkaitan dengan masa lalu.

“Zaman apabila sesetengah pihak menganggap perjanjian adalah satu kelemahan sudah berlalu.

“Masa depan kita adalah sebagai rakan kongsi. Malah, ada cadangan bahawa kedua-dua negara patut merumuskan bidaan Olimpik secara bersama-sama,” kata Perdana Menteri dalam blog beliau, semalam.

Najib antara pemimpin asing yang menghadiri perbarisan Hari Kebangsaan sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan Singapura, kelmarin. Beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. - BERNAMA

Disiarkan pada: August 11, 2015 @ 10:12am
d