mutakhir

Harian Metro raih tiga anugerah

Kuala Terengganu: Harian Metro memenangi tempat pertama Kategori Penulisan Berita Terbaik dan Foto Terbaik Malam Anugerah Kewartawanan KAWAT-ExxonMobil 2015, malam tadi.

Kategori Penulisan Terbaik itu dimenangi menerusi wartawan sambilannya, Nazdy Harun, manakala Foto Terbaik pula diraih oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Seorang lagi wartawan sambilan Harian Metro Ahmad Rabiul Zulkifli meraih tempat kedua kategori Penulisan Rencana Terbaik.

Selain itu, Aswadi Alias dari New Straits Times meraih tempat ketiga kategori Foto Terbaik.

Wartawan Berita Harian, Hanneyzah Bariah Baharin pula menang di tempat kedua dan ketiga bagi kategori Penulisan Berita Ekonomi Terbaik dan Penulisan Berita Pendidikan Terbaik.

Selain itu, wartawan TV3, Abd Aziz Abdullah dan Mohd Ishak Abdillah Ngah masing-masing mengungguli tempat kedua dan ketiga bagi kategori Berita TV Terbaik.

Semua pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500, RM1,000 dan RM750.

Hadiah disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Disiarkan pada: August 11, 2015 @ 10:54am
d