mutakhir

Biadab selepas disaman

Kuala Lumpur: Seorang pengguna jalan raya bertindak biadab menghina anggota polis trafik sebagai ‘anjing’ hanya kerana menerima saman.

Lelaki itu memuat naik gambar saman diterimanya di akaun Facebook (FB) dengan status ‘Anjing buat keje jugak malam2 buta ni, aku lak xtaw situ tk leh parking, taw taw dpt saman je, dh nk kena bayar plak, anjing kera betol’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Difahamkan, laporan dibuat anggota polis berpangkat koperal dari Cawangan Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur Ahad lalu selepas membaca status berkenaan.

Menurut laporan itu, lelaki terbabit disaman di Jalan Wangsa Delima 9, Wangsa Maju pada jam 9.35 malam, Jumaat lalu atas kesalahan menghalang lalu lintas.

Disiarkan pada: August 12, 2015 @ 9:02am
d