mutakhir

Kes bunuh kekasih 9 September

Kuala Kubu Bharu: Mahkamah Majistret di sini, semalam menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes guru sekolah rendah agama berusia 26 tahun yang didakwa membunuh teman wanitanya, janda anak empat di depan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu, tiga bulan lalu.

Majistret Zulhelmy Hassan menetapkan tarikh itu dalam sebutan kes, semalam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amin Azmi memaklumkan mahkamah, laporan bedah siasat kes berkenaan belum siap.

Mengikut pertuduhan, Abdul Ra’of Mohd Dimyati, 26, didakwa membunuh Nor Salina Nazir, 34, di kawasan lapang tepi sekolah itu jam 8.30 malam pada 5 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Akhbar melaporkan, seorang guru sekolah rendah agama yang tidak tahan didesak janda anak empat berkahwin, membunuh dengan menikam bertubi-tubi dada, badan dan lengan teman wanitanya itu di depan sebuah sekolah agama.

Disiarkan pada: August 13, 2015 @ 10:25am
d