mutakhir

Pantau semua sekolah

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Nerang: Kementerian Pendidikan memandang serius penggunaan ‘shisha stick’ dan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai ‘vape’ dalam kalangan pelajar dan pemantauan mengenainya sudah dilakukan di semua sekolah.

Menterinya Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, pelajar dilarang membeli atau menghisap barangan terbabit kerana kesalahannya sama seperti larangan merokok di dalam kawasan sekolah.

“Kami memaklumkan perkara ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan guru besar supaya memantau penggunaan ‘shisha stick’ atau rokok elektronik di semua sekolah supaya gejala ini tidak berleluasa.

“Setakat ini, ia masih dalam keadaan terkawal dan semua pihak perlu memainkan peranan memantau perbuatan pelajar terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedu, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 14, 2015 @ 8:29am
d