mutakhir

Ribut ragut bahagia

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Rakhine: “Saya sungguh takut ketika ribut melanda kem kami. Ketika itu saya tiada di rumah kerana ke masjid.

“Taufan kuat itu menerbangkan bumbung rumah usang saya. Kini saya mengharapkan belas ihsan penduduk kem untuk membaikinya,” kata Rosidah Hatu, 36, seorang daripada 132 mangsa ribut taufan di Kem Dar Paing, Sittwe.

Katanya, biarpun kejadian itu berlaku lebih sebulan lalu, dia masih trauma mengingatkan bagaimana angin kencang itu hampir meranapkan rumahnya yang didiami bersama lima anak berusia antara enam dan 18 tahun.

Menurutnya, sebaik ribut reda, dia terus berlari mendapatkan mereka dan bersyukur kerana semuanya selamat walaupun terpaksa bersedih kerana rumahnya rosak teruk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 14, 2015 @ 8:46am
d