mutakhir

Bertugas sebagai ibadah

Madinah: Walaupun berjauhan dengan keluarga, petugas Tabung Haji (TH) yang terpilih bertugas sepanjang musim haji tahun ini menganggapnya sebagai ibadah dan bersedia memberi khidmat terbaik kepada jemaah haji.

Bagi petugas haji, Mohd Shahryezzan Abu Talib, 39, peluang kali kedua bertugas di Makkah disambut dengan rasa syukur.

Bapa kepada tiga anak yang berkhidmat sebagai penolong pegawai kesihatan tidak menyangka kembali terpilih untuk berkhidmat kali kedua dengan Tabung Haji.

Beliau yang berkhidmat di Klinik Kesihatan Cheng, Melaka bersyukur terpilih buat kali kedua untuk musim haji kali ini.

“Saya bersyukur dan seronok dapat bertugas membantu jemaah.

“Insya-Allah pengalaman tahun lalu di Madinah, Makkah dan Jeddah akan saya manfaatkan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 14, 2015 @ 8:48am
d