mutakhir

Ibu trauma rumah dilontar molotov koktel

“Ibu masih trauma dengan kejadian itu,” kata anak lelaki kepada seorang pegawai imigresen yang rumahnya di Taman Permai Jaya di sini, dilontar molotov koktel pagi kelmarin.

Anak lelakinya yang enggan dikenali berkata, sejak kejadian, ibunya berada di rumah namun enggan ditemu bual selain masih bimbang dengan kejadian yang menimpa mereka sekeluarga.

“Selain pokok di halaman rumah yang terbakar, cermin kereta ibu turut dipecahkan. Kereta itu sudah dihantar ke bengkel untuk dibaiki,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, pegawai wanita berusia 43 tahun berkenaan mendapati pokok hiasan di halaman rumahnya terbakar.

Mangsa kemudian mendapatkan bantuan jiran untuk memadamkan api itu sebelum menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya menemui tiga botol berisi minyak yang dipercayai bom buatan sendiri dilontar ke kawasan rumah mangsa.

Disiarkan pada: August 15, 2015 @ 5:33am
d