mutakhir

Konsert jelajah kedua malam ini

Oleh Syanty Octavia Amry

Kuala Lumpur: Selepas berjaya mempersembahkan konsert jelajah pertama mereka yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, malam Sabtu lalu, band Akim & The Majistret akui tidak sabar untuk beraksi pada malam ini di konsert jelajah kedua yang berlangsung di pekarangan Stadium Shah Alam.

Konsert yang diberi nama Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia itu tidak hanya mempersembahkan nyanyian daripada Akim & The Majistret, malah penonton yang hadir berpeluang membeli album mereka yang berjudul Patriot.

Band yang dianggotai oleh Zimi, Fairuz, Wan, Gjie, Freddy dan Afiez itu berkata, kehadiran Patriot tepat pada masanya selepas single yang dikeluarkan sebelum ini iaitu Mewangi dan Potret sudah mendapat tempat di hati peminat.

Dalam pada itu, penonton turut berpeluang memenangi hadiah lumayan televisyen 50 inci dan telefon pintar menerusi cabutan bertuah.

Bagi menyertai cabutan bertuah, penonton dikehendaki membeli barangan Yeo’s di lokasi konsert dengan harga RM5 ke atas.

Penonton juga berpeluang memenangi hadiah album terbaru Akim & The Majistret berjudul Patriot.

Konsert percuma bermula jam 8 malam turut menampilkan kumpulan Precious dan Alinda.

Penonton boleh menebus enam pek Yeo’s Yeogurt TB250 mililiter dengan menukarkan dua kepala akhbar Harian Metro atau Metro Ahad.

Konsert jelajah anjuran Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) dengan kerjasama Harian Metro diteruskan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 5 September depan, Dataran Daesoka, Gaya Street, Kota Kinabalu (12 September), Padang Merdeka, Kuching (15 September) dan pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar (19 September).

Disiarkan pada: August 16, 2015 @ 5:09am
d